Kelas Gubahan Bunga untuk Bisnes

Kelas Gubahan Bunga dan Surprise Delivery Bisnes




Kelas intensif untuk anda yang mahu membina kerjaya didalam bidang gubahan bunga dan surprise delivery. Rebutlah peluang ini untuk rahsia dan kepakaran mengubah bunga segar bersesuaian dengan permintaan pasaran. 


Kursus Pembuatan Gubahan Bunga 
(Khusus untuk membuka perniagaan surprise delivery)

  • Pengenalan kepada bisness gubahan bunga
  • Pengenalan kepada bahan gubahan bunga
  • Pengenalan kepada jenis pembalutan hand bouquet – Tissue paper, plastic wrap etc
  • Pengenalan kepada pembuatan ribbon bow – asas kepada lanjutan  , dengan menggunakan kaedah manual 
  • Cara gubahan bunga - hand bouquet, pasu dan basket.
  • Pengenalan kepada pelbagai bekas atau balang untuk diletak dalam hamper dan penyusunan dan penghiasan yang menarik
  • Tips bunga dan hadiah yang sesuai untuk pelbagai festival
  • Cara-cara pemasaran bunga dan tips memasarkan kepada korperat
  • Pembuatan sample bunga untuk tujuan promosi
  • Cara membuat sebutharga
  • Cara menetapkan harga gubahan bunga
  • Mengetahui di mana mendapatkan barangan hiasan dan bunga, harga wholesaler dan murah
  • Banyak lagi tips-tips untuk memulakan perniagaan bunga dan hadiah ini dari rumah dan secara online sahaja!!!!
  • Barangan akan disediakan dan boleh di bawa balik





Kami amat mementingkan kualiti pelajar. Oleh itu, pastikan anda mempunyai kualiti seperti berikut




  • Anda gemarkan bunga dan suka bekerja dengannya;
  • Anda sanggup belajar segala aspek perniagaan ini, daripada penjagaan bunga kepada mengemaskinikan buku akaun;
  • Anda mempunyai keupayaan untuk menggubah bunga dengan cantik. Asalkan saja anda mempunyai kemahiran asas, perkara-perkara lain boleh dipelajari;
  • Anda berupaya bekerja dengan cepat;
  • Anda mempunyai personaliti yang menarik dan jika anda suka berurusan dengan orang ramai, ini dapat membantu dalam perniagaan anda kerana dalam perniagaan ini anda terpaksa berurusan secara langsung dengan orang ramai;
  • Dapat memahami perasaan orang lain dan berupaya memberikan respon yang betul terhadap keperluan emosi pelanggan juga penting kerana bunga biasanya dibeli untuk meluahkan emosi seseorang;
  • Mempunyai kereta dan lesen memandu adalah penting terutamanya pada peringkat awal di mana anda mungkin terpaksa membuat semua perkara sendiri seperti membuat pembelian, membuat penghantaran, mengemaskinikan akaun semasa dan sebagainya;
  • Pemahaman am tentang perniagaan, menyimpan rekod, mengemaskini akaun dan sebagainya.


Kursus Pembuatan Gubahan Bunga 
(Khusus untuk membuka perniagaan surprise delivery)
Masa: 10 pg - 6 ptg

Kelas berkumpulan
Max 10 orang - RM1500 (Bahan disediakan)

HARGA PROMOSI
RM900 SAHAJA!!!

Kelas Personal (seorang) -  RM1800 (Bahan disediakan)


HARGA PROMOSI
RM1500 SAHAJA!!!

Anda juga berpeluang menjadi ejen syarikat kami jika kami menerima order di kawasan anda. InshaAllah bersama kita membina empayar bersama. 

Jika anda memiliki kualiti yang kami cari dan tekad untuk merubah ekonomi hidup. Datanglah ke kelas kami untuk mendapatkan ilmu bermanfaat. 

Jangan kedekut untuk belajar.. kerana tanpa menimba ilmu, makin rugi kita dibuatnya.

Anda berminat??????

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan usahawan yang mahir di dalam gubahan bunga dan gift. Peserta akan diberi teknik pelbagai jenis gubahan mengikut trend masa kini. Harga tempahan mengikut nilai pasaran kini bermula daripada RM50 keatas. Usahawan yang menceburi di dalam bidang ini berpotensi untuk menjana pendapatan lumayan. Selepas kursus peserta boleh memulakan perniagaan dengan mengambil tempahan untuk surprise delivery, hantaran pertunangan, perkahwinan atau gubahan bunga dan buah-buahan untuk majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi.


Nama Kursus: Bengkel Asas Gubahan Bunga Untuk Bisnes
Fasilitator: Puan Faiiza Mohamad
Tarikh:  29 July 2018(Jumaat)
Masa: 10.00 pagi sehingga 6.00 petang
Tempat: Megan Avenue, Kuala Lumpur
Yuran Penyertaan: Bergantung pada pakej yang diambil - tidak termasuk penginapan



Cara Pendaftaran Kursus:
  • Whatsapp nama kursus, nama penuh, no.telefon, emel anda,no. kad pengenalan serta alamat terkini ke 016-2333685 
  • Tunggu pengesahan penyertaan dalam tempoh 24 jam
  • Bank in sama ada melalui online transfer, cash deposit ke akaun Maybank 512240316063 (Breathflowers) berserta bukti bayaran melalui emel, SMS sekiranya menggunakan maybank2u.com atau cash deposit selewat-lewatnya pada hari tarikh tutup penyertaan 
  • Pihak kami akan menyerahkan resit pembayaran anda pada hari kursus

YA SAYA INGIN DAFTAR